Jumat, 16 November 2007

Aneka Resep Getuk

GETUK KEJU ABON

Untuk 6 Potong

Bahan-Bahannya :

750gm ubi kayu dikupas dan dicuci bersih

150gm kelapa ( agak muda ) dikupas kulit arinya, diparut dan dikukus

½ sudu teh serbuk vanili

200ml susu cair

50gm gula pasir

1 biji lobak merah dicuci dan diparut

75gm keju cheddar diparut

Bahan Taburan :

100gm keju cheddar parut

100gm serunding daging / ayam

Cara Membuatnya :

Campurkan susu, gula dan lobak merah dan masukkan ke dalam blender. Haluskan.

Kukus ubi kayu hingga empuk. Angkat, buang seratnya.

Semasa masih panas, tumbuk ubi kayu hingga halus.

Tambahkan kelapa, vanili, dan susu cair diatas. Gaul hingga tercampur rata.

Tambahkan keju parut. Gaul rata.

Ratakan di atas loyang / dulang. Potong mengikut citarasa.

Taburi setiap potongan kuih dengan keju parut dan serunding daging / ayam.


GETUK KEJU

Untuk 16 potong

Bahan-Bahannya :

1kg ubi kayu dikupas dan dicuci bersih

100gm kelapa ( agak muda ) dikupas kulit arinya, diparut dan dikukus dengan

sedikit garam

½ sudu teh vanili serbuk

200ml susu pekat manis

½ sudu makan margarine

Pewarna kuning

75gm keju cheddar diparut

Bahan Taburan

100gm keju Cheddar diparut

Cara Membuatnya :

Kukus ubi kayu hingga empuk. Angkat, buang seratnya.

Selagi masih panas, tumbuk ubi kayu hingga halus.

Tambahkan kelapa, vanili, dan susu. Gaul hingga tercampur rata.

Bubuh pewarna kuning. Gaul rata.

Tambahkan keju parut. Gaul rata.

Ratakan di atas loyang.

Potong-potong ukuran 5 x 3cm.

Taburi setiap potongan kuih dengan keju parut.

Sajikan.

GETUK-GETUK UBI KAYU

Bahan-Bahannya :

600gm ubi kayu

1 cawan gula

½ biji kelapa parut dibuang kulit arinya

Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan.

Kemudian rebus dengan sedikit garam hingga empuk.

Setelah itu, angkat dan toskan airnya.

Getuk / tumbuk ubi panas-panas hingga gebu.

Masukkan gula dan kelapa.

Getuk lagi hingga ubi kelihatan melekat-lekat.

Sediakan sebuah loyang.

Masukkan ubi tadi dan tekan sehingga rata dan padat.

Bila telah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

GETUK LINDRI

Untuk 20 potong

Bahan-Bahannya :

200gm gula pasir

100ml air

½ sudu the serbuk vanili

1kg ubi kayu dikupas dan dicuci bersih

Pewarna mengikut citarasa

Bahan Taburan:

100gm kelapa ( agak muda ) dikupas kulit arinya, diparut dan dikukus dengan

sedikit garam

Cara Membuatnya :

Rebus gula, air, dan vanili hingga mendidih dan gula larut.

Angkat dan saring. Sejukkan.

Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan.

Potong-potong ubi kayu, kukus hingga empuk. Angkat.

Kemudian rebus dengan sedikit garam hingga empuk.

Setelah itu, angkat dan toskan airnya.

Getuk / tumbuk ubi panas-panas hingga gebu / halus.

Bubuh pewarna. Gaul hingga rata.

Bentuk adunan mengikut citarasa.

Giling dengan cetakan atau potong citarasa.

Sajikan dengan taburan kelapa parut.


Getuk Coklat
Bahan:

Singkong 1/2 kg .

Gula pasir 100 gram atau manis sesuai selera.

Vanila 1/2sdt.

Coklat bubuk 2 sdm.

Air matang 1sdm.

Kelapa parut kupas kulit 100 gram,kukus beri sedikit garam.

Cara:

Kukus singkong sampai empuk lalu haluskan selagi panas, setelah halus, campur dengan gula pasir dan vanila sampai rata, lalu aduk dengan coklat bubuk dan beri sedikit air kalau terlalu lengket. Bentuk sesuai selera.

Sajikan dengan taburan kelapa parut.


http://www.myonlinerecipe.com/index.php?detailed=73

2 komentar:

Kursi Raja mengatakan...

terima kasih dengan resepnya...resep anda membantu saya dalam berbisnis kuliner anak muda...

Kursi Raja mengatakan...

terima kasih banyak atas pengertahuan kulinernya