Jumat, 16 November 2007

GETUK GORENG SUKARAJA

Bahan-Bahannya :

1kg ubi kayu, kupas dan buang sabut tengahnya

250gm gula melaka dihiris halus

75gm tepung beras

1 sudu makan tepung

Garam

Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

Potong-potong ubi kayu dan rebus atau kukus hingga masak.

Gula melaka direbus dengan sedikit air hingga lumat dan tercampur rata.

Semasa panas-panas, lumatkan ubi kayu dan bubuh gula sedikit demi sedikit

hingga tercampur rata.

Ratakan singkong di atas talam / dulang, setebal 2cm dan potong-potong 4 x 5cm.

Campurkan tepung beras, tepung, garam, dan air secukupnya hingga menjadi

adunan yang agak pekat.

Panaskan minyak dan celupkan getuk ke adunan tepung sebelum digoreng.

Goreng hingga kekuningan dan angkat.

1 komentar:

PUISI-PUISI ZAMAN AKHIR mengatakan...

untuk getuk goreng sendiri


tahan berapa lama ?